This is a sticky post... please scroll down
to view the new updates!



Dear mybargain2u's valued customers and fans... please carefully read this sticky post before u proceed with any orders... your cooperation is highly appreciated. tq


As stated before, all of them are self-picked and I only have 1 piece per each

Booking ONLY VALID for 24hrs. To make reservation/booking more than 24 hrs, pls make deposit for rm10 (no refund - so please be serious when u want to make any order. Once you have made the order, I assume u already agreed with the stated terms & conditions)

Juga sila inform bilakah bayaran penuh akan dibuat utk setiap booking berdeposit tersebut.

Any payment which is not being done within 2 days after booking will be canceled without any notice. Mybargain2u shall open the offer to other potential buyers.


Lagipon, it is not fair to other customer yang sedang waiting list utk the same item tu...

Serious buyer only.... no backout please...

First come first serve and NO RESTOCK. so grab these beautiful cloth for your collection today! =)

A little bit notes:
The SOLD ITEMS have been moved to older page to increase the acceleration of accessing this main page...
just click SOLD ITEMS for reviewing the sold items. TQ

sweet & beautiful cloth, ready made baju kurung and jubah are now available to be grabbed!

So come and get 1 piece for your collection today!=)


till then, have a cheerful day! =)


5/26/09

Apa itu DETOX?

Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NYAH TOKSIK

MASALAH keletihan dan tidak bermaya memang memeningkan, tambah pula jika dibebani masalah kurang tidur dan seluruh badan terasa sengal.

Ia bukan saja ‘menyakitkan’, malah tidak salah mengatakan ia pasti mencacatkan rutin harian hingga boleh membawa kepada tekanan atau ‘stres’.

Apabila timbul masalah begini dalam diri anda, ia harus ditangani dengan bijaksana supaya tidak memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan toksik dalam badan dan melemahkan organ.

Selain itu, jika pengambilan makanan tidak seimbang dan wujud gangguan pencemaran udara, ia meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan mengumpul banyak toksik dalam tubuh.

Pengumpulan toksik juga memaksa sistem badan bekerja keras untuk melupuskannya dengan menggunakan nutrien penting dalam badan, bahkan ia menghakis tenaga, sekali gus melemahkan sistem imun seseorang.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui proses pembersihan seluruh sistem dalaman atau menyah toksik untuk menghapuskan ‘kotoran’ dalam badan.

Hati dan sistem penghadaman adalah organ penting membantu melupuskan toksik. Jika organ ini dibebankan dengan tugas melupuskan toksik secara berlebihan, toksik akan mula memasuki saluran darah dan merosakkan organ dan kelenjar.

Akibatnya, ia menyebabkan inflamasi (keradangan), pening kepala, berat badan bertambah dan membuatkan individu terbabit menjadi lesu dan tidak bermaya.

Lantaran itu, amalan menyah toksik kotoran dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Bahkan, ia mampu membawa ‘perubahan’ kepada paras rupa, deria rasa dan fungsi badan kerana ia meneutralkan toksik berbahaya dan melupuskannya daripada badan.

Dipetik dari Harian Metro/laman web juvanex.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KENAPA PERLU BERDETOX?

Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat.


Detoks akan membantu anda menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Kita boleh mengembalikan “keremajaan“ organ badan kita. Tetapi bagaimana? Contohnya seperti kereta, badan kita jua mendapat kelebihan daripada penyelenggaraan, bagi mendapatkan prestasi yang optima pada setiap masa. Kotoran dan toksin haruslah disingkir daripada badan supaya sel-sel badan dapat menggunakan keseluruhan nutrien untuk kembali “remaja“ semula.

Fokus detoks adalah untuk menyembuhkan dan meningkatkan penyingkiran toksin melalui saluran utama sistem detoks badan. Seterusnya, penggunaan detoks adalah berbeza mengikut pemahaman masing-masing dan juga bagaimana disiplinnya diri bagi mengikuti garis panduan program:

Berpuasa

Berpuasa adalah salah satu detoks yang sangat berkesan. Cara ini menggalakkan badan dengan semulajadinya menjalankan proses membuang toksin dengan menggantikan makanan dengan air atau jus buahan dan sayuran. Selalunya berpuasa memerlukan jangkamasa yang pendek kerana berpuasa dengan secara tiba-tiba adalah tidak sesuai bagi sesetengah individu. Berpuasa memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Diet Bahan Organik

Makan makanan berasaskan organik adalah sangat baik, kerana ianya tidak mengandungi racun dan mendakan bahan kimia. Ia juga cara detoks yang bagus kerana dapat meningkatkan kesihatan yang menyeluruh. Tetapi, cara ini tidak sesuai bagi sesetengah individu yang sibuk dengan kerja. Ini kerana cara detoks ini memerlukan disiplin dan jangkamasa yang lama bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan. Selain daripada itu, diet dengan bahan organik tidak membenarkan badan untuk mendapat zat besi. Ini kerana sayuran hijau dan tidak dimasak rendah kandungan zat besi yang diperlukan oleh badan.


Detoks Sebenar

Detoks seharusnya dilakukan secara alami dan lembut pada badan. Penggunaan detoks secara tiba-tiba ke dalam sistem badan kita akan menyebabkan badan menjadi sensitif atau kolon menjadi tertekan. Pakar perubatan menyarankan supaya melakukan detoks pada badan satu persatu. Ini kerana badan tidak dapat menampung sejumlah toksin yang keluar dalam sekali masa.


Walau bagaimanapun, dengan mengikut langkah satu persatu, dengan pengambilan buahan dan makanan semulajadi, senaman yang kerap serta mengambil minuman yang diformulasikan khas, menjadikan cara detoks sempurna dan berkesan bagi menyingkirkan toksin dari hujung rambut ke hujung kaki.


Menambah jumlah pengambilan air

Dengan minum banyak air, kita dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan keadaan kulit juga akan semakin baik.

Bersenam secara kerap

Bersenam secara kerap akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malah juga membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.

Semua bahan diambil dan dipetik daripada laman web sahabat cyber dan web-web lain