This is a sticky post... please scroll down
to view the new updates!



Dear mybargain2u's valued customers and fans... please carefully read this sticky post before u proceed with any orders... your cooperation is highly appreciated. tq


As stated before, all of them are self-picked and I only have 1 piece per each

Booking ONLY VALID for 24hrs. To make reservation/booking more than 24 hrs, pls make deposit for rm10 (no refund - so please be serious when u want to make any order. Once you have made the order, I assume u already agreed with the stated terms & conditions)

Juga sila inform bilakah bayaran penuh akan dibuat utk setiap booking berdeposit tersebut.

Any payment which is not being done within 2 days after booking will be canceled without any notice. Mybargain2u shall open the offer to other potential buyers.


Lagipon, it is not fair to other customer yang sedang waiting list utk the same item tu...

Serious buyer only.... no backout please...

First come first serve and NO RESTOCK. so grab these beautiful cloth for your collection today! =)

A little bit notes:
The SOLD ITEMS have been moved to older page to increase the acceleration of accessing this main page...
just click SOLD ITEMS for reviewing the sold items. TQ

sweet & beautiful cloth, ready made baju kurung and jubah are now available to be grabbed!

So come and get 1 piece for your collection today!=)


till then, have a cheerful day! =)


5/31/09

GC Life Lady Secret Key Plus (with twice amount of lobata extract)

Vagina Kering/longgar?payudara kecik/tak menarik?wajah kusam?rambut gugur? Selesaikan masalah kewanitaan anda di sini!!! ...

(20 sachets x 2.5gm per box)

Fungsi Utama:
Lady Secret Key Plus has exclusive effects to promote the secondary growth of female reproductive system rapidly, hence leading to breasts enlargement as well as enhancement of female characteristics including marked improvement of vagina, uterus, ovaries, skin, hair and eyes. The activity of Lactobacillus plantarum contained in Lady Secret Key Plus is 60 times of soybean, which is the highest among the known plants in the world to date.
.


Adakah Lady Secret Key Plus Sesuai Utk Saya?
> Sekiranya anda menghadapi keadaan-keadaan berikut:
* berusia lebih drpd 20 thn, tetapi tidak berpuas hati dengan bentuk paya dara sendiri
* pernah bersalin, keguguran, menyebabkan payudara tidak secantik dahulu kala, vagina longgar, kering dan keselesaan seks menurun
* gangguan endokrin, menyebabkan wajah kusam, bintik2 dan kedutan pada muka semakin bertambah, kitaran haid tidak normal (sakit haid, kuantiti darah yg tidak normal, terdapat ketulan darah), rambut gugur, tidur tak nyenyak, gelisah
* reseksi uterus & ovari...tanda2 menopaus mula dirasai
Maka Lady Secret Key Plus Adalah Jawapannya!!!


Dengan Lady Secret Key Plus, Sejauh Manakah Anda Boleh Berubah?
> Mengaktifkan uterus dan ovari sebanyak 60 kali ganda, menyihatkan uterus dan ovari, memperbaiki kesihatan wanita secara keseluruhannya:
* meningkatkan kelembapan dan keanjalan vagina dengan ketaranya, menegangkan vagina dan menjadikan wanita lebih seksi
* menaikkan, menegangkan serta membesarkan payudara dengan cepatnya tanpa berbalik kepada bentuk asal
* mencerahkan bintik bintik hitam, mengecilkan riang roma, menjadikan kulit muka anjal dan berseri
* menghilangkan jerawat secara beransur2, malah kulit seluruh badan menjadi putih, lembut, licin dan lembap.
* menjadikan rembut selembut sutera, bola mata bersinar dan meningkatkan kualiti tidur
* penggunaan dalam jangka pangjang boleh melambatkan proses menopaus selama 5-10 thn.

Lady secret ni berbentuk serbuk...cara pengambilan mudah je ...just tuang 1 sachet ke dlm mulut/bwh lidah pagi2 seblm sarapan, kemudian minum segelas air..rasanya pun sedaps!!!

5/26/09

Apa itu DETOX?

Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NYAH TOKSIK

MASALAH keletihan dan tidak bermaya memang memeningkan, tambah pula jika dibebani masalah kurang tidur dan seluruh badan terasa sengal.

Ia bukan saja ‘menyakitkan’, malah tidak salah mengatakan ia pasti mencacatkan rutin harian hingga boleh membawa kepada tekanan atau ‘stres’.

Apabila timbul masalah begini dalam diri anda, ia harus ditangani dengan bijaksana supaya tidak memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan toksik dalam badan dan melemahkan organ.

Selain itu, jika pengambilan makanan tidak seimbang dan wujud gangguan pencemaran udara, ia meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan mengumpul banyak toksik dalam tubuh.

Pengumpulan toksik juga memaksa sistem badan bekerja keras untuk melupuskannya dengan menggunakan nutrien penting dalam badan, bahkan ia menghakis tenaga, sekali gus melemahkan sistem imun seseorang.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui proses pembersihan seluruh sistem dalaman atau menyah toksik untuk menghapuskan ‘kotoran’ dalam badan.

Hati dan sistem penghadaman adalah organ penting membantu melupuskan toksik. Jika organ ini dibebankan dengan tugas melupuskan toksik secara berlebihan, toksik akan mula memasuki saluran darah dan merosakkan organ dan kelenjar.

Akibatnya, ia menyebabkan inflamasi (keradangan), pening kepala, berat badan bertambah dan membuatkan individu terbabit menjadi lesu dan tidak bermaya.

Lantaran itu, amalan menyah toksik kotoran dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Bahkan, ia mampu membawa ‘perubahan’ kepada paras rupa, deria rasa dan fungsi badan kerana ia meneutralkan toksik berbahaya dan melupuskannya daripada badan.

Dipetik dari Harian Metro/laman web juvanex.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KENAPA PERLU BERDETOX?

Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat.


Detoks akan membantu anda menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Kita boleh mengembalikan “keremajaan“ organ badan kita. Tetapi bagaimana? Contohnya seperti kereta, badan kita jua mendapat kelebihan daripada penyelenggaraan, bagi mendapatkan prestasi yang optima pada setiap masa. Kotoran dan toksin haruslah disingkir daripada badan supaya sel-sel badan dapat menggunakan keseluruhan nutrien untuk kembali “remaja“ semula.

Fokus detoks adalah untuk menyembuhkan dan meningkatkan penyingkiran toksin melalui saluran utama sistem detoks badan. Seterusnya, penggunaan detoks adalah berbeza mengikut pemahaman masing-masing dan juga bagaimana disiplinnya diri bagi mengikuti garis panduan program:

Berpuasa

Berpuasa adalah salah satu detoks yang sangat berkesan. Cara ini menggalakkan badan dengan semulajadinya menjalankan proses membuang toksin dengan menggantikan makanan dengan air atau jus buahan dan sayuran. Selalunya berpuasa memerlukan jangkamasa yang pendek kerana berpuasa dengan secara tiba-tiba adalah tidak sesuai bagi sesetengah individu. Berpuasa memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Diet Bahan Organik

Makan makanan berasaskan organik adalah sangat baik, kerana ianya tidak mengandungi racun dan mendakan bahan kimia. Ia juga cara detoks yang bagus kerana dapat meningkatkan kesihatan yang menyeluruh. Tetapi, cara ini tidak sesuai bagi sesetengah individu yang sibuk dengan kerja. Ini kerana cara detoks ini memerlukan disiplin dan jangkamasa yang lama bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan. Selain daripada itu, diet dengan bahan organik tidak membenarkan badan untuk mendapat zat besi. Ini kerana sayuran hijau dan tidak dimasak rendah kandungan zat besi yang diperlukan oleh badan.


Detoks Sebenar

Detoks seharusnya dilakukan secara alami dan lembut pada badan. Penggunaan detoks secara tiba-tiba ke dalam sistem badan kita akan menyebabkan badan menjadi sensitif atau kolon menjadi tertekan. Pakar perubatan menyarankan supaya melakukan detoks pada badan satu persatu. Ini kerana badan tidak dapat menampung sejumlah toksin yang keluar dalam sekali masa.


Walau bagaimanapun, dengan mengikut langkah satu persatu, dengan pengambilan buahan dan makanan semulajadi, senaman yang kerap serta mengambil minuman yang diformulasikan khas, menjadikan cara detoks sempurna dan berkesan bagi menyingkirkan toksin dari hujung rambut ke hujung kaki.


Menambah jumlah pengambilan air

Dengan minum banyak air, kita dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan keadaan kulit juga akan semakin baik.

Bersenam secara kerap

Bersenam secara kerap akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malah juga membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.

Semua bahan diambil dan dipetik daripada laman web sahabat cyber dan web-web lain

2/7/09

Testimonials

From GC Life

From GC Life


From GC Life


From GC Life


From GC Life

From GC Life


From GC Life

GC LIFE CLEANSE PLUS


* 100% Minuman Berasaskan Tumbuhan
Tanpa Kesan Sampingan

SESUAI UNTUK SEMUA UMUR DAN KEADAAN
* PESAKIT KANSER
* SISTEM IMUN YANG LEMAH
* HATI,USUS DAN PERUT YANG LEMAH
* LEBIH BERAT ATAU KURANG BERAT BADAN
* MEREKA YANG PENTINGKAN KESIHATAN
* NYANYUK, PRA-PENUAAN DAN LEMAH BADAN
* JERAWAT DAN JERAGAT
* PESAKIT PENYAKIT KRONIK
* SEMBELIT DAN BUASIR


BERTINDAK 10 DALAM 1 FUNGSI UTAMA

** MENYAHTOKSI SEL BADAN

** MENGAKTIFKAN SEL BADAN

** MERANGSANG METABOLISMA

** MENGUATKAN SISTEM ENDOKTRIN

** MEMBAKAR LEMAK BERLEBIHAN

** PEMBERSIHAN SISTEM DALAMAN

** PEMBERSIHAN SISTEM DALAMAN

** PENAMBAHAN BAKTERIA L. BIFIDUS DALAM USUS

** MENGUATKAN SISTEM IMUN BADAN

** MENGHALANG PERTAMBAHAN LEMAK

** MEMBEKAL NUTRIEN YANG DIPERLUKAN
OLEH BAKTERIA YANG BERGUNA

(-->) PENAMBAHAN DUA SUKATAN SERABUT KELAPA SAWIT

PEREDARAN DALAMAN
Seorang dewasa selalunya membawa sehingga 5kg sisa najis di dalam usus besar. Jika dibiarkan terlalu lama di dalam usus, ia akan diekstrak semula oleh tubuh untuk penambahan nutrien. Lama kelamaan, saiz najis akan bertambah halus sehingga ia boleh diserap oleh salur darah. Melalui salur darah, apabila saiz najis ini teredar keseluruh tubuh, ia akan mula memusnahkan setiap organ dan sel darah tubuh kita. Untuk memastikan peredaran dalaman yang sempurna, kita bukan sahaja perlu menyahtoksik tetapi juga perlu mengurangkan pembiakan bakteria yang membahayakan, di samping merangsang pembiakan bakteria yang diperlukan oleh tubuh. Membekalkan bakteria yang berguna ini dengan nutrien atau zat yang betul adalah cara terbaik untuk menyahtoksik dan mengekalkan peredaran dalaman yang sihat.

SEGITIGA EMAS UNTUK USUS YANG SIHAT
Mengembalikan usus kepada tahap atau keadaan asal adalah suatu proses dalaman yang sangat penting untuk kita sentiasa sihat dan cantik. Untuk mencapai tahap kesihatan yang optima, memakan pelbagai jenis zat dan nutrien adalah penting. Tetapi, pencernaan dan penyerapan yang baik terhadap zat dan nutrien ini adalah sama pentingnya. Oleh itu, menjaga kebersihan usus adalah sangat penting di samping mengimbangi bilangan bakteria berguna di dalamnya. Ia akan melancarkan pencernaan makanan dan asimilasi nutrien.

3 KOMPONEN INI SANGAT DIPERLUKAN BAGI MEMASTIKAN USUS YANG SIHAT:
* FIBER (serat) Pelangsingan
* OLIGOSACCHARIDE
* PROBIOTIK

GC LIFE CLEANSE PLUS mengandungi ke semua 3 komponen ini pada kadar yang seimbang, membentuk Segitiga Emas; sinergi 3 komponen ini menghasilkan usus yang bersih dan sihat.

ISOMALTOOLIGOSACCHARIDES (OLIGO)
Oligo adalah sejenis gula yang didapati terutamanya di dalam buah-buahan. Di Jepun, ia digunakan di dalam lebih daripada 450 jenis makanan. Ia diasimilasikan di dalam tubuh lebih perlahan daripada gula biasa, namun Oligo pada dasarnya mengandungi nilai zat yang sama serta lebih diinginkan. Oligo terurai lebih perlahan kerana ia tidak menggunakan insulin, sebaliknya ia diuraikan oleh enzim di dalam usus. Ia adalah gula yang lebih selamat digunakan dan membantu mengurangkan risiko kencing manis dan kolesterol tinggi.

SERBUK PROBIOTIK membantu:
* MENGHALANG KANSER
* PENGOKSIDAAN SEL
* MENGUATKAN SISTEM IMUN
* MERANGSANG METABOLISMA
* MEMPERBAIKI SISTEM PENCERNAAN
* MENINGKATKAN PENYERAPAN KALSIUM

LANGSING DAN RAMPING

PENYERAPAN LEMAK
Ia Menghalang penyerapan lemak oleh badan, seterusnya mengurangkan penyerapan kalori dan pengumpulan lemak. Maka bentuk tubuh yang ideal dapat dikekalkan.

SERBUK OREN
Ia mengandungi antara bahan paling aktif yang merangsang kelenjar adrenal merembeskan BETA 3 untuk menguraikan lemak. Ini menggalakkan proses pembakaran lemak dalam badan. Di samping itu, ia mengawal selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma.

PEMBAKARAN LEMAK
Proses pembakaran lemak adalah merupakan proses menukar lemak kepada tenaga. Ini secara tidak langsung merendahkan paras lemak dalam badan.

ASID SITRIK
Asid ini dapat digunakan untuk membakar lemak dan menukar keadaan badan supaya lebih beralkali, di mana lemak tidak mungkin wujud.

MENGUATKAN BADAN
FIBER OAT
Membantu mengurangkan kolesterol, mengelak serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ia kaya dengan kumpulan Vitamin B dan mineral. Ia membantu menghapuskan buasir, melegakan sembelit dan melambatkan proses penuaan untuk kulit yang lebih lembut dan licin.

SPIRULINA
Ia merupakan sejenis tumbuhan laun mikroskopik yang kaya dengan gabungan nutrien dan zat yang paling menyeluruh yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Spirulina kaya dengan protin, vitamin, klorofil, beta kerotin dan lain-lain mineral yang diperlukan setiap hari oleh tubuh. Penggunaannya secara berterusan dalam jangka panjang akan meningkatkan potensi tenaga dan daya lketahanan badan, memperbaiki imbangan hormon, meneutralkan nilai ph badan dan menghindarkan pelbagai jenis penyakit.

FIBER PELANGSINGAN EPAL
Sumber yang kaya dengan serat pelansingan serta mengandungi vitamin A, B, C dan lebih dari 10 jenis nutrien yang lain. Ia juga amat kaya dengan phytochemicals (anti-oksidan yang boleh ditemui di dalam tumbuhan, buah-buahan dan sayuran). Kandungan fiber yang tinggi ini membantu memperlahankan pelapasan gula ke dalam badan. Ini membantu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih stabil. Epal juga penting dalam mengurangkan kolesterol dalam darah, memperbaiki sistem pembuangan najis (fungsi usus), mengurangkan risiko strok, kanser prostat, kencing manis jenis II dan asma. Epal juga boleh menyekat masalah berkaitan penuaan, menghalang kedutan kulit dan menggalakkan penurunan berat badan.

ALFAFA
Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral ( memperlahankan proses penyerapan kolesterol dan menghalang artesiosklerosis), protin, asid amino, vitamin A, B1, B2, B6, C, D, E, K, Kalsium, magnesium, zat besi dan zink serta pelbagai lagi.
Sindrom pra-haid, anemia, asid urik berlebihan, sakit sendi dan ketidakseimbangan hormon, boleh disembuhkan dengan ALFAFA.

SERABUT KELAPA SAWIT
Serabut kelapa sawit diekstrak daripada batang kelapa sawit. Ia kaya dengan kandungan lignin. Lignin dalam serabut diet amatlah bermanfaat terhadap kesihatan badan manusia, terutamanya berkesan untuk MENGURANGKAN KOLESTROL,KOLAT, LEMAK, KARBOHIDERAT dan TOKSIN dalam badan.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan serabut yang mencukupi, terutamanya serabut yang kaya dengan lignin dapat mencegah jangkitan virus dan penyakit kanser (barah). Namun, bukan semua serabut diet mengandungi lignin, lignin hanya boleh didapati pada batang pokok yang matang. Serabut kelapa sawit diekstrak daripada pokok kelapa sawit yang melebihi 20 tahun dengan kandungan lignin yang kaya.

Sememangnya pengambilan serabut kelapa sawit dalam diet harian mendatangkan pelbagai menafaat terhadap badan manusia, antaranya:

* MENCEGAH SEMBELIT
* MENGEKALKAN SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT
* MENYEIMBANGKAN PROBIOTIK DALAM KOLON
* MENYEIMBANGKAN TAHAP GULA DARAH, MENCEGAH DIABETES
* MENURUNKAN KOLESTROL DALAM DARAH
* MENGAWAL BERAT BADAN DENGAN BERKESANNYA
* MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG KORONARI DAN STROK
* MENCEGAH KANSER KOLON DAN KANSER PAYU DARA

REAKSI-REAKSI POSITIF SELEPAS PENGGUNAAN GC LIFE CLEANSE PLUS
JANGKA MASA PENDEK : GUNA SELAMA 3 - 6 HARI
* Kerap buang air besar. Kerap pergi ke tandas. Najis yang tersumbat dalam kolon disingkirkan
* Perut tidak selesa dan mengandungi gas berlebihan. Ini adalah reaksi penyahtoksikan yang semulajadi di tubuh kita.
* Jika pH tubuh anda berasid atau anda pernah mengidap penyakit dahulukala, bahagian-bahagian lemah tubuh anda mungkin berasa sakit.
* Najis timbul dipermukaan air, berwarna kuning keemasan. Ini menunjukkan sistem pencernaan dan keadaan tubuh telah diperbaiki.

JANGKA MASA SEDERHANA : GUNA SELAMA 6 - 45 HARI
* Kurangkan kandungan air di dalam kolon. Kandungan toksin di dalam najis juga diturunkan.
* Mencegah toksin yang tidak diingini daripada terserap ke dalam tubuh dan mengurangkan beban sistem hati
* Toksin di dalam setiap organ dan aliran darah akan dikurangkan secara perlahan. Paras oksigen akan meningkat dan anda berasa lebih bertenaga.
* Pada mas aini, paras toksin di dalam tubuh akan menurun secara drastik. Anda berasa lebih sejahtera dan wajah juga kelihatan lebih berseri-seri.
* Melaraskan sistem hormon dan meringankan ketidakseimbangan hormon. Ini dapat mencegah warna kulit yang kemerah2an, pempigmenan kulit dan jagat. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi dan mengidap penyakit hati, atau penyakit membawa maut yang lain, ia akan mula sembuh atau dilegakan dengan nyata sekali.

JANGKA MASA PANJANG : GUNA SELAMA 45 HARI KE ATAS
* Toksin di dalam tubuh akan disingkirkan
* Apabila penyakit di tubuh anda anda semakin ringan, anda mula pulih secara beransur-ansur
* Keupayaan untuk mencegah penyakit daripada merebak sangat berkesan. Ini membolehkan anda mencapai kesihatan secara semulajadi, hidup lama dan kekal bersemangat.

CARA PEMAKANAN :
Minum 1/2 jam SEBELUM MAKAN.
Masukkan 1 sachet CLEANSE PLUS ke dalam segelas (350cc)air sejuk atau suam. kacau dan minum dengan segera. Selepas 1/2 hingga 1 jam, minum segelas air kosong.

CADANGAN PENGGUNAAN:
Untuk mengekalkan kesihatan optima, minum 2 X SEHARI, SEBELUM SARAPAN dan SEBELUM MAKAN MALAM.

GC LIFE COFFE PLUS


Since 2003
Diluluskan oleh Jabatan Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dikelaskan sebagai Makanan. Ia juga
diluluskan sebagai makanan tanggung HALAL.

SIHAT DIMINUM
LANGSING & MENAWAN
TANPA BERPUASA
MAKAN SEPERTI BIASA
DAPATKAN BADAN YANG LEBIH
LANGSING DAN MENAWAN

4 FUNGSI DALAM 1

* DETOKSIFIKASI DALAMAN
* MENGURANGKAN LEMAK
* MENYERIKAN KULIT
* PELANSINGAN BADAN

MINUMAN LANGSING SEMULAJADI

Anda boleh mempunyai badan yang langsing di samping menikmati makanan kesukaan anda. GC Life Coffee & Cocoa di buat daripada gentian bergred tinggi yang boleh larut dari Jepun, bersama-sama dengan Red Yeast Rice dan L-Carnitine, ia boleh menolong anda membakar lemak berlebihan dan mengurangkan berat badan anda dengan mudah.
Produk ini adalah selamat , berkesan dan ia boleh memberi anda badan yang sihat tanpa melalui proses diet yang pilu dan tanpa menukar cara pemakanan anda.

BAHAN-BAHAN GC LIFE COFFEE :
Whey Protein , Isolate Protein , Red Yeast Rice, Ubi Bit Merah, Soluble Fiber, Fructose, Grape Seed Extract, Teh Hijau , Ling Zhi , L-Carnitine dan Nattokinase.

SOLUBLE FIBER - Gentian boleh larut boleh di jumpai dalam sayuran .Gentian ini akan di tambahkan kedalam GC.

LIFE COFFEE - di mana ia adalah bijirin yang di kategori kan sebagai gentian semulajadi terbaik. Gentian ini boleh melarut dalam isi perut dan akan berasa kenyang dan menambahkan kandungan kedalam isi perut, ia akan mempercepatkan nya di angkut ke usus besar. Di samping dapat mengurangkan masalah sembelit dan masalah kanser sistem pencernaan. Gentian ini adalah sesuatu yang di perlukan oleh setiap orang di mana ia adalah untung keseimbangan nutrient, pengawalan kandungan gula dan juga kandungan kolestrol lama.

L-CARNITINE - sebenarnya adalah vitamin bernutrien. Ia adalah berkait rapat dengan vitamin B ( B1). Fungsi utama nya ialah meninggikan system keimunan badan.Ia memainkan fungsi yang penting iaitu membolehkan agen badan di guna semula.Ia menghantar lemak berlebihan kepada sel pembakar lemak. Tanpa L-Carnitine , lemak berlebihan tidak dapat di angkut dan tidak dapat di baker walaupun anda membuat banyak senaman atau diet.L-Carnitine menolong dan ia menghasilkan tenaga dan memperbaiki tenaga sel fizikal.

TEH HIJAU - Merujuk kepada laporan yang di paparkan oleh Jabatan Kesihatan New York, teh hijau mempunyai kebolehan bagi penyahtoksidan dan boleh menghalang kanser. Ia juga adalah agen anti oksida yang baik dan lebih kuat berbanding dengan vitamin C dan E. Teh hijau juga boleh mengawal tekanan darah tinggi , memperbaiki peredaran darah dan memperbaiki kandungan kolestrol yang baik (HDL –Kolestrol) dalam badan kita.

UBI BIT MERAH - di kenal pasti kaya dengan asid folik, karbohidrat , protein , fosforus , sodium, magnesium, kalsium dan potassium. Selain itu , ia mengandungi serat makanan , vitamin A , vitamin C, niacin dan biotin yang tinggi. Zat besi yang terkandung di dalam nya lebih mudah di serap oleh badan berbanding zat besi dari makanan tambahan. Asid folik yang terkandung di dalam ubi bit merah ter bukti berkesan mencegah barah terutama barah paru-paru.Ia juga mengelakkan serangan penyakit jantung.

RED YEAST RICE - adalah nutrient suplemen semulajadi di mana ia dapat mengurangkan paras kolestrol. Ia di gunakan oleh orang cina sejak dinasti Tang dan di Jepun ia di kategorikan sebagai makanan Premium Suplement sihat. Kajian terhadap 1000 pesakit yang bertekanan darah tinggi dan berkolestrol tinggin menunjukkan bahawa selepas mereka mengambil red yeast rice selama 8 minggu , paras kolestrol mereka berkurangan sebanyak 32% dan tanpa kesan sampingan.

GRAPE SEED EXTRACT - Anggur mengandungi glukosa , protein , lemak , multivitamin (A,B,B2,B12) dan mineral lain yang berkualiti tinggi. Anggur ekstrak mengandungi ologomeric proanthocyanidins (OPCs) di mana ia adalah kelas flavonoids (water soluble compounds ) boleh ber reaksi sebagai aktiviti anti oksida dan memusnahkan radikal bebas.

LINGZHI - Zaman dahulu Maharaja China menggunakan cendawan LingZhi sebagai makanan diet mereka dan juga di kenali sebagai makanan Maharaja. LingZhi boleh menghalang tekanan darah tinggi, sakit jantung dan boleh mengawal kandungan kolestrol. Di Jepun ia sudah di terima secara menyeluruh dan di gunakan untuk rawatan kanser.

NATTOKINASE - adalah sejenis enzim fibrinolitik poten yang di ekstrak dan di tulen kan daripadan sejenis makanan tradisional Jepun yang di kenali sebagai Nato.Natto adalah makanan yang di tapaikan yang berbentuk seperti keju.Ia telah di gunakan di Jepun melebih 1000 tahun. Rasa nya di gemari ramai dan ia di gunakan sebagai pengubatan tradisional yntuk penyakit jantung dan penyakit vascular. Enzim fibrinolik poten Nattokinase selamat di gunakan memandangkan ia telah di gunakan secara tradisional untuk tempoh masa yang panjang.

{Nattokinase membawa banyak manafaat antara nya mudah di ambil secara oral, keberkesanan di sahkan, membawa kesan jangka panjang , menjimatkan kos, dan boleh di gunakan untuk pencegahan.Natto mengandungi sebatian Pyrazine dan jenis enzim serine protease yang di kenali nattokinase, ia boleh mengurangkan pembekuan darah melalui fibrinolisis darah beku secara langsung dan perencatan protein plasma pengaktif perencat plasminogen 1 ( plasminogen activator inhibitor 1). Ini membantu mencegah trombosis , sebagai contoh nya dalam kes penyakit jantung, embolisme pulmori atau strok. Natto juga kaya dengan vitamin K, yang memainkan peranan dalam pembentukan kumpulan pengikat kalsium dalam protein.Ia membantu pembentukan tulang dan mencegah osteoporosis.Natto juga di katakana membawa kesan antibiotic , memperbaiki pencernaan , mengurangkan tanda –tanda penuaan, dan mencegah keobesan.Segala gala nya berlaku secara semula jadi, supplemen diet yang berdasarkan makanan ini telah membawa kepada kestabilan saluran gastrousus , perubatan dalam pH dan suhu badan.}

3 STANDARD ANTARABANGSA

1. Ia memenuhi 5 produk pelangsingan WHO
- Tidak perlu berpuasa
- Tidak julap
- Tidak akan kehilangan tenaga
- Tiada penghidratan
- Tidak memantul

2. Proses Pembuatan GMP

3. Proses Jepun Berteknologi Tinggi

5 KAEDAH UNIK

* Tidak perlu berpuasa
* Perasa yang sedap
* Tidak memantul
* 100% Gentian Semulajadi
* Lebih Daripada 10 makanan suplemen Bergred Tinggi

KANDUNGAN UTAMA BAGI KESIHATAN:
**Whey Protein adalah antioksida yang baik, pemusnah radikal bebas dan memperbaikan sistem keimunan.

**Red Yeast Rice boleh mengurangkan lemak dan kolestrol yang rendah.

**Serbuk Red Yeast mengandungi fiber yang tinggi, boleh menyahtoksik dan memperbaiki sistem pencernaan.

**Gentian yang boleh melarut boleh mengurangkan risiko bagi sembelit dan boleh memperbaiki system perncernaan kita.

**Fruktosa yang boleh mengelakkan diabetes dan kolestrol tinggi.

**Anggur boleh menghalang enzim yang tidak baik di samping memperbaiki peredaran darah.

**LingZhi boleh memberbaiki system keimunan, menghalang sakit jantung dan kanser.

**Teh hijau adalah anti oksida yang baik dan boleh memperbaiki peredaran darah.

**Nattokinase membantu mengurangkan masalah darah membeku, mengelakkan penimbunan lemak dan merangsang metabolisma.

UNTUK PENGGUNAAN DI SYORKAN:
***Sesiapa yang lebih berat boleh mengambil 2 peket sehari selepas makan.
***Bagi suplemen am untuk kesihatan – adalah 1 peket sehari.


NOTA PENTING:

1. Adalah di galakkan lebih minum air , di cadangkan mengambil air - 2000ml - 2500ml sehari.Ini kerana penguraian lemak 1 gm memerlukan 10ml air.

2. Adalah di cadangkan mengambil produk GCL dlm masa 45 hari sebagai satu proses lengkap. Bagi sesiapa yang mengalami berat badan yang berlebihan atau ketidak seimbangan hormon, adalah di cadangkan jangan berhenti mengambil produk ini pada setengah program jika ingin melihat keputusan yang baik.

3. Bagi mendapat keputusan yang baik , adalah di cadangkan utk tidak mengambil sebarang perubatan lain atau sebarang bahan dalam bentuk dadah ( contoh pil pelangsing ) semasa mengamalkan produk GCL.

4. Kekalkan pengambilan makanan bergizi , bahan yang kandungan gula yang rendah.
Bersama-sama dengan senaman yang secukupnya akan membantu anda mendapat keputusan yang lebih baik.